Sabtu, 1 Ogos 2009

I Sayang Abah..

Pertamanya aku ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sahabat aku bernama saiful bahri atau nama timangannya Bob yang selamat menyambut cahaya mata pertama (putera @ puteri aku belum dimaklumkan dalam layang SMSnya). Semoga menambah kecerian dalam rumah tangga dan dimurahkan rezeki kamu berdua.

Pra matang..

Pada awal perjalanan dan usia pra-matang sosial dan politik, aku merasakan bahawa ISA amat perlu diteruskan bagi memastikan Negara Malaysia dalam keadaan aman dan terpelihara dari ancaman komunis dan dari sebarang pelampau yang ingin menghancurkan dan menjahanamkan Malaysia. Bagi aku juga ketika itu, tiada mana kumpulan atau yang boleh mempersoalkan kedudukan ISA di Malaysia.

Namun, setelah umur meningkat dewasa dan mengenali tentang konsep keagamaan dan menjejaki ilmu serta menimba pengalaman aku mula sedar betapa aku amatlah silap sebelum ini. Aku memerhatikan wajah isteri2 tahanan ISA menahan rindu yang dalam dan mata anak-anak kecil bergenang dan sesekali esakan anak itu membuat hati ini sebak memikirkan betapa mereka amat-amat merindu ayah mereka.

Semua orang secara fitrahnya dilahirkan dan dibesarkan inginkan seorang ayah dan ibu untuk memimpin dan memandu mereka dalam meneruskan kehidupan yang cukup mencabar. Bayangkanlah, jika kasih kasang milik anda itu dirampas dan dirompak begitu sahaja tanpa anak itu mengetahui apa-apa tetapi diejek dan dipandang hina oleh mereka yang buta mata dan busuk mulutnya.

Ingin berkongsi hati ke hati.

Aku juga seperti anda semua yang mempunyai seorang ayah yang amat tabah dan cekal dalam membina institusi keluarga. Nama abah aku Abdullah bin Mokti. Usianya mencecah 69 tahun tetapi dalam usia sebegini dia mampu berdiri atas kakinya sendiri membanting tulang untuk anak-anaknya yang sesekali ingat dan sesekali lupa pada abah. Sejenak aku terfikir, semasa zaman persekolahan setiap awal bulan abah kirim RM 150 (masa tu gaji RM 500^), kemudian aku mula kerja setiap bulan aku bagi mak aku RM100 (tapi mintak semula akhir bulan, malah lebih..) dan sekarang aku sudah berkahwin hanya RM100 - RM150 sahaja mampu diberi itupun ihsan dari bini aku.

Abahku seorang sojar berpencen dan sekarang seorang peneroka tegar. Abahku 1 isteri ada 6 orang anak, 1 buah motosikal ( tidak termasuk 3 buah lagi deposit menggunakan wangnya), 3 buah rumah, 10 ekar tanah sawit, simpanan RM 300 000^. Dalam usia 69 tahun, dia masih berhajat untuk menguruskan tanah dengan menanam hampir 600 pokok yang harga bagi 1 pokok RM 12. Dan perkara sedih 64 pokok hilang dicuri dan dia tak pernah mengadu pada anak-anaknya tentang itu. Aku hanya tahu meminta bila aku rasa terdesak dan dia tidak pula meminta bila dia terdesak.

Aku tidak mahu melalak dan meronta-meronta setelah kehilangannya kerana aku mahu membantu ketika dia dihadapan. Justeru itu terpacul semangat aku untuk membantu ayahku menguruskan tanaman semula sawit. Lalu, hari khamis yang lalu menjadi kenyataan. Setiap hari cuti sabtu dan ahad aku kena menghadiri kelas. Setakat ini aku hanya mampu menanam hampir 40 pokok dan ia kurang memuaskan jika diukur mengikut usia aku. Jelas sekali apa yang abah lakukan hanyalah menginginkan agar anak-anaknya mudah dalam meneruskan kehidupan mendatang.

Begitulah yang boleh aku umpamakan bahawa seorang abah tidak pernah membuat perkara yang sia-sia tetapi dia meneruskan perjuangan bagi mendapatkan jaminan yang baik untuk anak-anak mereka.

Seluruh rakyat seantero Malaysia khususnya sedia maklum bahawa ISA amat kejam jika ia digunakan atas dasar Ikut Suka Aku. Aku tahu setiap hukuman yang dijalankan tidak boleh dipengaruhi dengan emosi tetapi aku mengharapkan jika mereka benar-benar bersalah bawalah mereka ke muka pengadilan. Disitu mereka dapat diadili dengan bukti yang nyata tapi bukan dalil-dalil yang mauduq yang penuh dengan kemunafikan manusia demi menjaga kedudukan politiknya.

Jauhnya beza seorang komunis yang bersenjata dengan seorang abah ingin memberi bahagia pada anak mereka. Sokong mansuhkan ISA, jika anda seorang MUSLIM yang cintakan keadilan dan perpaduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan