Isu politik adalah topik yang amat popular diperbualkan disekeliling kita berbanding dari isu agama, pendidikan, sosial, ekonomi, semasa. Keperluan politik itu amat penting bagi menguasai kesemua hal-hal agama, pendidikan, dan seperti diatas. Aku pun setuju juga tapi sebelum mereka hendak menguasai politik kuasailah dulu hal yang lain itu. Akhirnya kita dapat mengawal politik dengan stabil sekalipun ada ujian dan cabaran dari dalam dan luar negara.
Kiai dan Pak men 3..
Suka kita lihat wajah orang lama yang lembut berbicara dan tersusun kata-katanya, dan banyak memberi manfaat kepada anak-anak Malaysia. Tidak mampu dia memberi gelanggang futsal, jersi baru, tetapi ilmunya amat berguna.
Hari ini kita dengan senang hati membiarkannya kerana kita cukup dengan keperluan kita. Kumpulan sokongan gembira mendapat tetap, yang tetap gembira dinaikkan gred, yang sampan gembira dapat bot baru, tambah gembira lorong depan rumah diturap tar. Kita tersepit dengan keadaan ini maka seadanya dipekakkan telinga dan dibutakan matanya lebih baik. Ada pula menentang bersama-sama mereka, walaupun yang ditentang itu dulu guru kita. kita tak peduli itu kerana mereka dah beri senang pada kita.
Kajian dinyahkan ..
Sesekali kotak fikiran ini berlegar-legar di angkasa Malaysia bumi bertuah terlihat wajah pak samad bercita-cita ingin memartabatkan bahasa melayu dan tidak pula hajatnya menjahanamkan bahasa alternatif. Tidak pernah mendengar Pak Samad beria-ia turun ke padang dan menghantar memo seperti hari ini. Teringat aku pada tulisan saudara zaharudin di dada akhbar harian yang mana beliau amat arif tentang ekonomi islam. Katanya seorang pakar hanya mengeluarkan 40 peratus sahaja hujah dan 20 peratus darinya tidak dapat dijelaskan kepada umum dan 60% adalah dari kajian-kajian yang perlu diperbincangkan oleh pakar-pakar sahaja. Apa lah nasib dengan sidang meja bulat yang tiada penghujungnya sedangkan kebanyakan Profesor tidak menyetujuinya.
Ego yang cukup tinggi ..
Landskap hidup ku banyak berlaku di sekolah, setiap ketua yang masuk mempunyai perbezaan yang amat ketara personalitinya tapi matlamatnya tetap sama. Guru cemerlang , murid gemilang dan sekolah terbilang.
Jika seseorang yang memimpin tidak mahu merujuk kepada yang arif dan dengan ego mengkritik pendapat yang arif maka ada kemungkinan banyak perkara yang menyusahkan akan menimpa. Sebagai contoh, andai disiplin sekolah perlu dititikberatkan, maka kata yang arif, jangan membawa telefon bimbit ke sekolah. Tapi kerana ketua mengutamakan yang kaya raya lalu dibenarkan, maka susah untuk guru mengawalnya pada waktu belajar, rehat dan dimana sahaja di sekitar sekolah. Contoh yang kedua, andai syarahan bahasa inggeris di swastakan kepada bukan guru yang arif dalam bidang itu, mungkin larilah sebutannya.
Andai 10 tahun yang lalu bangsa lain perintah kita,
I. Bila diubah sukatan sains dan mate dalam bahasa Ingeris.
II. Bila menetap agama anak berdasarkan agama asal ketika perkahwinan setelah ibu bapa telah pilih islam.
Apa kata kita?
Mungkin kita berteriak macam nak gila menuntut hak, memekik bagai nak runtuh bukit mahu hak dikembalikan kerana aku percaya memang itu kita akan buat. Untuk apa? Prinsip? Hak?
Aku tak percaya kerana hari ini kita dah hilang banyak benda, tapi kome tak rasa apa-apa. kita hanya mudah terpengaruh dengan kata bukan prinsip wahyu yang dibawa. Kita leka dengan hiburan yang lalai agar tidak tahu perkembangan semasa. Namun aku rela, jika bangsa lain yang perintah itu islam seperti ustaz Ravi dan Ridwan Tee.
Gejala liar makin parah.
ISA diguna tangkap mereka yang bahaya pada negara atau pada mereka. Aku keliru dengan janjinya. aku rasa, jika nak guna juga, maka tangkaplah mereka yang ragut kerana lebih bahaya pada ibu dan bakal penyumbang tenaga kepada negara. Mat rempit tidak serik, yang bohsia bertambah sampai tak cukup motor nak bawa.
Semalam kita banyak hilang tokoh agama, hari ini pakar dan sasterawan sanggup dicabut gelaran, hari esok tinggal mat rempit, geng ragut, perasuah, perogol dan pengkhianat yang banyak tak tahu harga sebuah negara malaysia. Sekalipun nilai undinya sama dengan tokoh dan pakar kita namun untuk memperoleh kuasa bukan ini caranya. harganya amat berbeza untuk negara kerana bila kita tiada, melayu, islam dan pakar akan menguruskan kita. Hormatilah mereka yang lebih berilmu dan beramal dengan ilmunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan