Selasa, 20 Ogos 2013

Pemuka dan Puaka

Pemuka-pemuka tidak selesa
Bila pemimpin bukan kalangan mereka
engkau percaya pada mereka
Tapi tidak si puaka dan pemuka

Si Pemuka dan si Puaka
tidur tidak sebantal
Tapi mimpi sama-sama
Duduk tidak sebangku
Tapi makan sepinggan

Si pemuka mula mengadu domba
Asal kecil menjadi besar, asal setitik jadi sebelanga
mengalih persetujuaan kamu semua
agar putih menjadi hitam, agar betul menjadi salah

bukan perbincangan pemuka dahulukan
bukan rundingan puaka utamakan
walau engkau rakyat mahukan
tapi engkau mereka mahu kapankan

asal dulu jadi kawan, asal kini jadi arang
doktrin pemuka jauh berbeza
tapi bersatu sementara turun jalanraya
untuk tanam seorang agamawan

Si puaka suka dengar ini berita
Lalu kerah semua jentera
lunak bahasa di laman twiter
Demi matlamat semua dihalalkan

Bukan kira satu-satu
Tapi kira semua
Bukan tangkap satu-satu
Tapi tangkap semua
Bukan bunuh satu-satu
Tapi bunuh semua

Si Puaka Senyum gembira beraya bersama
Pemuka-pemuka sama gembira
Asal 2 kuasa saja yang boleh perintah dunia
Si puaka dan si pemuka

Islam bukan sedang dalam kecundang
Tapi islam sedang bangkit melawan
Islam bukan mahukan keuntungan

Tapi islam muncul untuk kesejahteraan

Khamis, 1 Ogos 2013

Team Tukar Tiub perwatakan dan cara penulisannya.

Segala puji bagi Allah Azzawajalla, selawat atas junjungan Rasulullah SAW dan ucapan salam kepada semua yang berjihad menegakkan AgamaNya. Melalui beberapa pembacaan saya pada penulisan Team Tukar Tiub (TT) pada akhir-akhir ini memperlihatkan pemuka-pemuka pro syiah sedang cuba memercikkan api kebencian terhadap golongan ulama ahl sunnah samada dalam Negara dan luar Negara. Ada hikmahnya apabila isu syiah sengaja dipalu bertujuan untuk dipertontonkan kepada semua pembaca blog sikap pemikir-pemikir golongan falsafah dan idealogi sosialis. Fikrah terbina atas dasar ilmu yang diperolehi dari jalan dan haluan yang kita tempuhi samada cara menuntut, siri pembacaan, membuat kajian dan pengalaman manusia. Berbagai-bagai sisi cara manusia memerhati fenomena, merekod penemuan kemudian membuat takwilan dan tafsiran. Natijahnya muncul satu persepsi, andaian, kebarangkalian dan kesimpulan yang berbeza-eza. Mereka menerima falsafah sebagai nadi tulisan berbeza dengan ahli sunnah yang sangat tertib dalam menilai setiap sumber agar selari dengan prinsip islam. Ada beberapa perkara meragukan saya kerana tulisan TT sangat keras terhadap kelompok ahli sunnah tapi sangat lunak pada kelompok syiah.

Betapa kotornya canang yang dipalu oleh golongan pemuka syiah dengan menikam dari belakang golongan agama sunni melalui senjata dan tulisan mereka. Apabila Tuan Guru Haji Hadi menulis berkenaan gerakan ikhwanul Muslimin dengan politik mesir, maka dicanang isu kronism melibatkan TG Haji Hadi. Berulang kali disebut tentang menantunya yang digelar Din ayam. Ustaz Jamil Khir Baharom menyentuh isu syiah, maka dicampakkan pula tuduhan rasuah dan melabel beliau ahli sunnah wal rasuah. Apabila Morsi cuba membuat perubahan dalam pentadbiran politik mesir, golongan ini mewujudkan syak antara rakyat dalam hala tujunya. Beberapa orang yang lain juga cuba dikapankan melalui dakyah mereka. Golongan mereka ini seolah-olah tidak puas sekiranya ulama dan umara dalam kalangan ahl sunnah jatuh sehingga mati dihati umat islam. Strategi yang cuba diatur dengan menyerang peribadi dengan mencari setiap inci keburukan secara berterusan bagi mewujudkan kebencian terhadap golongan agama ini. Tidak dinafikan strategi ini la yang digunakan oleh golongan munafiqun sehingga khalifah Uthman bin Affan dibunuh.

Segala tekanan dan tuduhan-tuduhan ini hanyalah helah-helah yang direka oleh penyerang idealogi jahiliyah ini. Sifat mengejek dan merendahkan golongan agama ini telah berlaku setiap zaman dan cara ini terus digunakan. Juak-juak ini membesarkan kesilapan-kesilapan kecil secara berulang dan membuat tuduhan tanpa bukti yang sangat kuat dengan melabel beberapa trademark kepada ilmuan islam. Sebenarnya mereka sangat lemah mencari sendi-sendi yang lemah dalam kehidupan golongan ulama ahli sunnah. Bentuk penentangan yang sama dilakukan oleh musuh-musuh islam kepada Rasulullah SAW dengan membuat tuduhan dan andaian bahawa nabi mengejar pangkat, kahwin mengikut nafsu, gila dan bermacam tuduhan. Apa yang membimbangkan Tulisan-tulisan mereka (golongan jahiliyyah) sedang tumbuh melebar ke segenap arah untuk mengheret manusia dengan falsafah mereka sama ada jalan kapitalis (secular) dan sosialis (komunis).

Menerusi tulisan http://tukartiub.blogspot.com/2013/07/selamat-berpuasa-dan-beramal.html Team TT cuba memukal segala teori dan tujuan puasa adalah sama dengan agama lain. Beranggapan tujuan islam mengadakan ritual agama adalah sama seperti agama lain boleh merosakkan iman. Bagi mereka matlamat dan tujuan amalan fardu dan sunat adalah semata-mata mendekatkan diri kepada pencipta sahaja. Ini jelas tidak lain merupakan siri serangan terhadap syariat islam agar satu masa manusia meyakini bahawa syariat ini adalah tradisi manusia. Mereka berulang-berulang melaung slogan yang sama seperti pembebasan pemikiran yang wajib disedari, sedangkan jelas banyak kelemahan perjuangan falsafahnya dan logic semata-semata. Sedangkan yang wajib disedari syariat islam diturunkun untuk membebaskan tradisi manusia. Berbeza dengan sebahagian mereka yang sangat meringankan agama dan sebahagian mereka sangat memberatkan ibadahnya. Sebahagian yang lain pula free thinker dengan tidak merasakan agama satu keperluan.

Diharap pemuka-pemuka pro syiah sedar bahawa usaha kalian dapat dihidu sekalipun jarum kalian terus bertebar di bumi Allah ini.


Ahad, 13 Januari 2013

HAJAT KEPADA DAKWAH DAN KEMUDARATAN KEPADA AQIDAH ORANG AWAM

             Bersyukur kepada Allah Tuhan sekelian alam yang telah mengurniakan panduan sangat bernilai iaitu Al-Quran dan sunnah rasul Mu sebagai panduan kepada hamba Mu yang jahil ini. Engkau telah datangkan ramai ulama yang syahid untuk menegakkan hukum di atas muka bumi. Maka segala perbuatan yang kami lakukan hanya mengharap keredhaan dari Mu ya Allah.
Rasa malu dan tunduk kepada Mu kerana ilmu yang aku kecapi hanyalah sedikit untuk aku layak menulis tentang agama Mu. Engkau Maha Mengetahui bahawa setiap hamba Mu tidak inginkan azab neraka Mu. Jika salah perhitunganku dalam menyampaikan ajaran Mu, maka ku mohon keampunan dari Mu.
Tulisan ini bukanlah sebagai satu pendapat yang layak untuk dipegang tapi hanya menepis sangkaan rakan-rakan yang saya kira mereka perlu perhalusi semula setiap kata-kata yang pernah mencemuh pemikiran saya. Jauhkanlah sikap yang suka membuat polemik dan persepsi yang buruk terhadap kenyataan yang tidak sependapat dengan kamu.
“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..”(Surah al-hujuratayat 12) 
Rasa gentar dengan azab neraka
Ramai manusia di muka bumi ini percaya kepada Mu tapi masih menyekutukan Mu. Ramai juga manusia yang percaya kepada Mu tapi tidak mahu menggunakan hukum Mu. Ramai juga manusia yang percaya kepada Mu tapi tidak beribadat kepada Mu. Namun kebanyakan mereka semua menyangka bahawa mereka adalah lagi benar dari kebenaran Mu.
Jika ditanya tentang keinginan mereka untuk ke api neraka Mu nescaya mereka tidak mahu ke sana. Apatah lagi kelompok golongan agamawan yang faqih dalam ilmu wahyu kerana mereka lagi bertakwa dalam memelihara aqidah, syariat dan ahklak. Kebenaran yang mutlak (hakkul yakin) dan kebenaran yang jelas (ainul yakin) telah berada dalam hati para sahabat, tabiin dan tabi` tabiin serta ulama pewaris nabi. Mereka lebih gentar dan takut apabila disebut kalimah Mu. Tidak mungkin mereka berijtihad mengikut hawa nafsu tanpa berpegang dengan disiplin ilmu yang telah mereka pelajari.
Percaya kepada Allah Tuhan yang Esa
Allah tuhan sekelian alam. Saya yakini bahawa perkara berkaitan dengan aqidah dan sunnah Rasulullah tidak boleh dijadikan satu hukum jika tiada dalil yang bersangkutan pegangan dan amalan tersebut. Kaedah yang diambil ialah hukum asal adalah haram jika berkaitan ibadah umum. Jika dikeluarkan satu hukum taklifi pada umat islam tanpa didatangkan sebarang dalil maka ia menjadi syirik, kafir dan bidaah.
Setiap agama (kecuali islam) di dunia ini wujud adalah kerana mereka percaya bahwa adanya Tuhan yang menciptakan mereka. Mereka hanya menggunakan pemerhatian dan pengalaman untuk mencari kebenaran. Namun mereka percaya bahawa Allah SWT adalah tuhan yang Esa.Ayat Allah dibawah dibawakan agar menjadi renungan bersama bahawa fitrah bagi setiap manusia sekalipun ia menyenkutukanNya.
“dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, Bagaimana fikiran kamu tentang Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, Dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, Dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang Yang mahu berserah diri". (Az-zumar:38)
“dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? "sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik). (Al-ankabut:63)
Ayat dakwah ini pula ditujukan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani) bagi mengajak mereka beriman kepada Allah SWT mengikut ajaran Al-Quran.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam". (Ali imran: 64) 
Iman Tidak Boleh Diwarisi
Adalah menjadi keutamaan bagi seorang islam untuk meyakini Allah tuhan yang Maha Esa dan Maha berkuasa tiap-tiap sesuatu (rububiyyah). Kemudian iman itu didirikan atas lima perkara bagi membuktikan ketaatan dan patuh pada perintah Allah SWT (uluhiyyah). Dua kekuatan ini wajib dibina dengan kukuh pada jiwa manusia agar terselamat dunia dan diakhirat. Namun yang menjadi warisan adalah ilmu (Al-Quran dan Sunnah) bukanlah iman manusia. Dimana Rasulullah saw bersabda “Aku tinggalkan kalian 2 perkara yang sekalian kamu berpegang teguh kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitabullah dan sunnah Rasulullah”(Sahih Muslim).  
Kebimbangan terhadap aqidah generasi akan datang.
            Adalah menjadi kemestian bagi setiap penguasa, pemimpin, ibubapa merasa bimbang tentang masalah aqidah generasi akan datang. Suara kebimbangan berkenaan masalah aqidah generasi kini telah disalurkan melalui surat, tv, radio, majalah, ceramah, laman sosial dll. Banyak perkara telah diusahakan oleh kerajaan bagi menangani melalui pendidikan, peraturan dan pencegahan. Namun kesannya tidak seperti yang diharapkan. Malah kebanyakan mereka lebih terpesona dan memilih cara hidup jahiliyyah sebagai ikutan dan budaya mereka.
Isu kalimah Allah dan kaedah penyelesaian
Sebagai seorang yang berkuasa seharusnya mendengar rintihan rakyatnya tentang kebimbangan mereka tentang masalah aqidah. Kebimbangan ini perlu diselesaikan secara bijak agar masyarakat dalam sesebuah Negara dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni. Penguasa boleh memilih salah satu dari keduanya kerana tidak ada dalil yang qatie melarang perkara tersebut. Malah beberapa tokoh ulama mutaakhirin yang mujtahid tarjih juga membenarkannya.
Jika penguasa ingin membenarkan penggunaan nama Allah dalam kitab bible maka perlu ada beberapa garis panduan dan tindakan perlu dibuat. Garis panduan tersebut telah dicadangkan oleh Dr Maza seperti tidak dipamerkan di bangunan, patung, batu dan semua benda yang maujud. Tindakan susulan juga perlu dilakukan bagi memantapkan aqidah umat islam dan menarik minat orang bukan islam memeluk islam. Dialog peradaban perlu diberi ruang dengan menampilkan tokoh agama yang mampu berdebat dengan tokoh pemikir barat. Ini secara lansung dapat menarik minat orang bukan islam dan melahirkan ramai pendebat yang hebat pada abad ini seperti Ahmed Deedat dan Zakir Naik. Antara faktor empayar Abbasiyyah pernah menjadi zaman keemasan islam dan meluas selama 800 tahun disebabkan berjayanya pemikir-pemikir islam mengalahkan tokoh-tokoh falsafah Greek.
Jika memilih untuk tidak membenarkan nama Allah swt dalam kitab bible juga boleh diterima. Hendaklah difahami bahawa iman orang yang soleh dengan orang awam adalah sangat berbeza. Mereka yang mempunyai iman yang mantap tidak mempunyai masalah memasuki gereja dan membaca bible sebagai penyelidikan terhadap agama mereka. Namun, jika melihat uruf dan masalah keselamatan aqidah umat islam setempat yang masih di tahap membimbangkan, maka bolehlah digunakan kaedah kemudaratan dihilangkan (Addharu yuzal) berdasarkan peristiwa khabar ahad.
Satu riwayat diceritakan bahawa Saidina Umar telah menghukum buang negeri kepada seorang pesalah minum arak ke khaibar yang akhirnya dia masuk kristian. Apabila mengetahui hal itu dia bersumpah “demi Allah! tidak aku menghukum buang negeri seorang islam sesudah itu”. Peristiwa ini tidak boleh dijadikan hujah namun boleh diambil sebagai kaedah bagi memastikan aqidah umat islam (orang awam) dapat dijaga dan kafir zimmi hendaklah akur dengan keputusan yang dibuat bagi memelihara keharmonian rakyat berbilang agama.
Pengajaran
1.      Dakwah adalah usaha yang lebih murni berbanding memerangi mereka tanpa sebab yang kukuh.
2.      Jangan ditolak satu pandangan yang lain sekiranya dua pandangan masih berada dalam galabatuz zhan (hampir kepada yakin).
3.      Jangan jadikan isu agama hanya untuk mendapat keuntungan yang sedikit kerana bahayanya lebih besar.

Isnin, 12 Disember 2011

SPM 3112 bahasa pengatucaraan 4/11/2011

perjumpaan kali terakhir: Ahad 8.30 pagi

kami telah berjaya membentangkan satu atucara program yang boleh memisahkan antara sign up and sign in.. kump kami telah memberi peluang kepada pengguna untuk mendaftar dengan kata laluan masing-masing.. alhamdulillah berjaya. mungkin akan datang kami boleh mengalahkan facebook dengan bahasa yang lebih menarik?? Amin..

minggu ni juga ada ujian. harap ujian akan dapat A++++...

Sabtu, 3 Disember 2011

SPM 3112 bahasa pengatucaraan 12/11/2011

Perjumpaan kali ke 3 hari Sabtu 2.00 petang

Perjumpaan kali ni kena hantar tugasan 1. Alhamdulillah saya sempat buat soalan 2 dan saudara farhan sempat soalan 1, hard copy n soft copy.. bersambung..

SPM 3112 bahasa pengatucaraan 30/10/2011

Perjumpaan kali ke 2 hari Ahad 8.30 pagi


kali ni saya sudah mula teruja untuk jadi programer macam steve job dan bill gates wakaka.. insyallah boleh. saya ni dah kira lambat nak jadi macam diaorang ni, tapi kena ambil tahu sebab dah daftar subjek ni..
perjumpaan kali ini saya mula nak kenali komponen2 yang ada dalam paparan program VB6 macam toolbox, properties dan toolbox. kali ni saya tak banyak termenung dengan lecture je.. tp diselitkan dengan beberapa aktiviti dalam membuat form vb6.. kalkulator, kalendar dan masa.. takde apa nak kata cuma tiga perkataan saya ungkapkan : "saya suka VB6"

SPM 3112 bahasa pengatucaraan 2 8/10/2011


miss nuzulla

salam pada semua.. memang agak lama saya tidak menulis dalam blog, adapun minat menulis bukan lah terpadam begitu sahaja kerana ada beberapa hal yang mungkin menghalang saya dapat menulis disini.
semester ni agak sedikit sibuk dengan beberapa hal yang dijangka tapi bukanlah satu alasan untuk saya berhenti berfikir untuk apa yang telah dirancang. kelas komputer memang menarik, walaupun kita ketahui agak banyak masa diperlukan untuk semua itu.
jam 2 petang 8/10/2011 saya ditemukan dengan seorang pensyarah yang agak berani untuk berhadapan dengan pelajar yang agak sedikit muda darinya. saya akui memang sedikit mencabar emosi miss nuzulla namun beliau positif untuk kolaborasi dengan kami. Alhamdulillah begitu yang kami harapkan..
minggu ni kami sekadar bersuai kenal dan menyentuh berkenaan dengan pengenalan, takrifan vb6 dan modul pembelajaran bahasa pengaturcaraan VB6.
*nota: kali pertama membuka VB6..