Ahad, 15 November 2009

jauhi taksub, dekati ulama

Assalamualaikum..

Saya melihat ramai sahabat disekeliling saya gemar membicarakan tentang agama biarpun ramai tidak menggemarinya dan menganggap ia hanya boleh dibicarakan oleh pakar-pakar sahaja namun saya melihat ia amat positif sekalipun perkara kontrovesi yang dibicarakan sekurang-kurangnya mereka peka. Cuma perdebatan antara seorang yang alim dengan yang tiada autoriti hendaklah dielakkan. Jika ada diantara mereka yang tidak alim dan gemar mengeluarkan kenyataan kontrovesi dan menetapkannya hendaklah bersedia menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku di kemudian hari.
Pada mulanya ia adalah perdebatan ilmiah tetapi setelah melihat ada sedikit kebimbangan dan ketidakpuashatian mereka memperlekeh-lekehkan lawannya dengan istilah belagak pandai dan orang muda yang tidak menghormati gurunya dan amat malang menuduh seseorang yang berbeza pandangannya digelar wahabi, sesat, terkeluar dari Ahli sunnah waljamaah. Ia akan menjadi bahan fitnah bagi masyarakat umum. Tidak seharusnya dituduh sesetengah ulama yang merujuk kepada semua 4 mazhabi adalah golongan wahabi. Antara perkara yang dibangkitkan:

1. Tidak membaca qunut.
Mazhab Hanafi dan Hambali.
2. Tidak membaca fatihah secara kuat diawal fatihah pada waktu solat maghrib, isyak dan subuh Mazhab Hanbali dan Maliki
3. Ilmu usuludin hendaklah berpegang kepada Ibn Taimiyah.
Kebanyakan ulama mengiktiraf ketokohan Ibn Taimiyah.
4. Melarang keras umat islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
seorang alim membantu mendoakan tapi yang lebih baik diri sendiri berusaha dan mendoakan diri sendiri berjaya.

Beberapa perkara lain yang tidak diketengahkan dan saya kira cukup untuk kita tangguhkan untuk berbicara perkara ranting bukan pokok agar kita dapat kekal dalam satu jemaah yang kuat.

Disini saya sertakan adab-adab berkhilaf :

1. Tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya semata-mata selagi perselisihan itu ditahap ‘al-mukhtalifah’. Tapi kita sepakat dalam perkara mutlak dan digalakkan menggunakan pendapat yang paling kuat.

2. Tidak mengingkari pihak yang berlainan pendapat dengannya seperti menuduh kelompok lain sebagai ahli bidaah, tuduhan sesat, tuduhan wahabi kecuali tuduhan itu benar-benar mempunyai asas dan fakta yang jelas dari pelaku.

3. Tidak sombong untuk kembali kepada kebenaran apabila yakin dirinya tersilap. Silap perkara biasa tapi jangan diulang-diulang kesilapan tersebut kerana itu telah menjadi kesalahan. Diharap tidak membawa kepada kesalahan yang berat.

4. Menjauhi masalah yang menyebabkan fitnah, pergaduhan, dan huru-hara. Asalnya kita berbeza pandangan tetapi kerana ketidakpuashatian yang mendalam telah membawa kepada cerita-cerita palsu demi menjaga kedudukan agar tidak terus tercalar.

5. Saling mengagumi dan menghormati antara satu sama lain. Imam syafie mengagumi gurunya. “ apabila disebut ulama, malik ialah bintang yang begemerlapan.”. “ Demi Allah, beliau (imam syafie) adalah pakar hadith” kata Imam Ahmad bin Hanbal diulang sebanyak 3 kali.

6. Saling mendoakan antara satu sama lain agar kita sama-sama diberi petunjuk kebenaran serta menjadikan perselisihan sebagai jalan menemui kebenaran dan percambahan ilmu tetapi tidak dijadikan perbezaan itu asas permusuhan dan pertelingkahan.

Moga-moga perdebatan dalam sesuatu masalah diakhiri dengan kebenaran dan persahabatan. Jauhkan diri dari api permusuhan yang sememangnya telah ditiupkan oleh orientalis barat dan musuh-musuh islam. Hendaklah kita sesama islam terus mendalami ilmu sebanyak dan sejauh mungkin agar tidak mudah termakan api fitnah kerana taklid buta dan taksub melampau. Sememangnya tegas amat baik kerana kesannya lebih mampan tapi perlulah dilakukan perkara agama secara berperingkat dan bijaksana agar dapat mengelakkan diri menyakiti seseorang dan dapat mencapai sesuatu yang dituntut oleh Allah. Amin.. Assalamualaikum..

sumber :
Ustaz Zawawi Yusoh,
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR), UIAM.
Ustaz Mahfuz Mohamad, MAIS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan