selipar jepon kesayangan zaidi keadaannya kini..
ingat pulak zaman sekolah darjah 6 dulu-dulu, buat karangan berbunyi.. aku sepasang..
aku adalah mahkluk yang bernama selipar. nama aku tat sing, tapi kawan-kawan aku panggil aku selipar jepon. mak bapak angkat aku pun diorang panggil jepon, aku panggil kawan aku pun jepon. aku pun x mintak diorang panggil aku nama tu., tapi kami lebih selesa dengan panggilan mesra tu.
aku amat berguna dan masih releven pada abad ke 21 ini walaupun aku mengalami persaingan yang sengit dari mana-mana alas kaki di seantero dunia. aku dilahirkan di desa skudai, johor. walaupun rupa aku x secantik kasut kerja tuan ku tapi aku lebih banyak menemani tuan ku kemana-mana. aku banyak memberi munafaat kepada tuan ku zaidi dalam menjalankan aktiviti yang tidak formal seperti masa siram pokok, sidai baju, bersihkan halaman, ke kedai runcit dan juga ke masjid.
pada satu hari aku di ajak pergi ke masjid dengan tuan ku. aku ditinggalkan diluar masjid kerana itu tempat yang selayak untuk aku dan aku tak pernah kesah tentang itu yang penting aku dapat bersama tuanku. sedang aku menunggu tuan ku, aku terlelap kerana terlalu ngantuk seharian menemaninya. tiba-tiba, tak semena-mena aku dilarikan oleh budak yang mana kurang otaknya dan busuk hatinya. aku menjerit-jerit meminta tolong, tapi apakan daya suara aku tidak dapat didengar oleh tuan ku.
tuan ku.. maafkan aku kerana membuat engkau kecewa bila kau pulang dari masjid nanti. lebih kurang 2 minggu sahaja sempat ku bermanja dengan tuanku.
seperti hari-hari biasa aku duk di tepi tangga rumah, cuma situasinya berbeza kerana aku dilonggokkan bersama selipar yang bermacam-macam bangsanya. tidak pula seperti tuan ku, ia menyusun aku setiap kali sudah digunakan agar aku senang untuk melelapkan mata ku. bila aku terjaga, aku berbual dengan rakan yang seusia dengan ku dan kami cuba mengenal antara satu sama lain. setelah kami berbual panjang baru lah kami tahu asal usul kami. tidak ku sangka rupanya ada 2 lagi pasang selipar yang pernah bertuankan zaidi berada bersama saya. em.. malangnya tuan ku kerana 3 pasang seliparnya telah hilang di tempat yang sama dalam tempoh 4 bulan sahaja berada disana. sabar ye..
sedey plak baca kisah selipar ko ni..teringat masa boot 'undergound' aku kena kidnap masa solat jumaat kat masjid negara dulu..
BalasPadamIni cerita betul ke apa ni.? Macam benar2 terjadi je..
BalasPadamAku cuba memahami maksud di sebalik cerita ini.