Khamis, 19 Mac 2009

bahasa ku, bangsa ku..


antara kemahiran menyanggah yang sedang digunakan.
tengah duk komen kertas kerja profesor

otak tengah loading... kesan dari bahasa yang digunakan oleh profesor 2 tadi.


cikgu SRAB Pontian pun ada datang..

Bahasa ku, bangsa ku,

Pada cuti yang lepas, saya menghadiri kursus sains tauhidik di hotel seri costa yang mana 8 orang profesor dari UKM telah membentangkan kertas kerja masing-masing. Banyak perkara input yang diberikan malah isu PPSMI ( pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) telah di sentuh. Walaubagaimanapun sebagai seorang guru, saya hendaklah positif dalaman menerima dasar kurikulum yang telah diubah pada 6 tahun yang lepas.
Pada kali ini, saya ingin melontarkan beberapa pandangan atau teguran berkenaan bangsa saya bangsa melayu. Saya amat berbangga dilahirkan sebagai melayu muslim. Pada akhir ini ramai generasi kita sudah mula kembali menyanjung barat sebagai gaya hidup mereka dari aspek hiburan, makanan, perlakuan hingga hilang identiti dan jati diri. Dibawah saya senaraikan beberapa contoh masalah remaja melayu kita.



Cth nama: hazwan. dia tukar E-one
punya mak ayah nak doa kan namanya dengan panggilan hazwan=kepatuhan, dah dia doakan E1, kalau A1 ok gak boleh skor dalam spm.
Cth makan: makanan fast food (kfc, mc`D) dan western food (chicken chop, coke)
Sampai hari raya makanan nie yang jadi santapan utama, tak biasa nak makan lemang, sambal kacang dan lodeh.
Cth hiburan: nama penyanyi memang ingat, tapi bila Tanya nama ayahnda rasulullah pun boleh tergagap-gagap.
Cth doa: nyanyi lagu “Allah selamatkan kamu” bila sambut besday, kita dulu-dulu buat baca doa selamat bila sambut hari lahir.
Cth adab: orang tua berbual dia pun nak berbual nak tunjukkan dia lebih pandai dari bapaknya (up to date).
Cth himpun: dia suka himpun kat konsert sampai lewat pagi, dari dengar ceramah yang memberi banyak munafaat kepadanya.



Akhirnya ramai bangsa melayu sudah tukar identiti, walaupun berbaju melayu bersongkok hitam tapi malu nak cakap melayu, nak makan melayu, nak nama melayu. Bolehkah dia dipanggil melayu? Jawapannya tidak!!.. dan tidak. Mat salleh pun boleh pakai baju melayu dan bersongkok hitam malah boleh bertutur bahasa melayu.



Macam mana nak selamatkan melayu, jika melayu pun dah takda.
Namun janganlah kita menyalahkan atau menunding jari kepada mereka sepenuhnya..



buka lah mata buka lah hati bagi mendapat kebenaran ilmu yang tidak dipisah dengan pencipta.




1 ulasan:

  1. " Wah... wah berapi nampak... Baiklah saudara, saya akan jawab dan cuba menyangkal secara ilmiah artikel saudara." jangan lupa, layari laman saya dalam beberapa hari lagi sebab saya nak buat beberapa kajian terlebih dahulu..

    BalasPadam