Jumaat, 4 Jun 2010

Penubuhan Parti Berasaskan Kaum

Penubuhan Parti Berasaskan Kaum

Faktor pertumbuhan pemikiran, perkembangan ilmu, penerimaan masyarakat setempat dan penolakan penjajahan (anti penjajajah), pengaruh buah fikiran serta gagasan yang bernas telah mengubah landskap politik tanahair dan kesedaran rakyat. Pelbagai bentuk pemikiran telah muncul dalam sejarah tanah melayu yang berasaskan semangat nasionalisme (rasa tanggungjawab untuk membebaskan tanah air dari kuasa asing) dan patriotisme (semangat cintakan tanah air ) kesan dari penjajahan british dalam bentuk kuasa, politik, ekonomi dan sosial yang memberi kelebihan kepada penjajah. Hal ini telah membangkitkan kesedaran beberapa tokoh intelektual yang bagi membentuk parti politik dan sayap parti bagi memungkinkan mereka mencapai kemerdekaan dan membentuk gagasan parti.
Namun hakikatnya, parti politik berasaskan kaum lebih mendapat sokongan masyarakat tanahair kerana semangat assabiyah (cintakan bangsa) yang wujud ketika itu lebih ketara dari parti yang wujud dalam bentuk gagasan lain. Orang melayu bergerak dalam politik yang lebih tersusun bagi menuntut kedaulatan mereka dan orang Malayan (bukan melayu) menuntut hak kerakyatan dan disamatarafkan dengan orang melayu.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),

***dari kiri: Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), DR Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), juga dikenali Parti Nasionalis Melayu (PNM) atau (Malay Nationalist Party) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso yang cenderung berfahaman komunis dan Ahmad Boestamam lebih cenderung berfahaman sosialis. Kedua-duanya memainkan perana dalam pucuk pimpinan awal parti itu.
Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.
PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People. Beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi presiden kedua dan kemudian Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme dan membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya.

Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

***dari kiri : Ahmad Boestamam, Aishah Ghani, Shamsiah Fakeh

Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Aishah Ghani dan Shamsiah Fakeh adalah dua sayap pemuda dan pemudi PKMM yang ditubuhkan pada 1946. Perjuangan haluan kiri mereka yang bermatlamatkan ‘merdeka dengan darah’ tidak dapat bertahan lama kerana pergerakannya agak radikal dan diharamkan oleh British. Ahmad Boestamam telah dipenjarakan selama 7 tahun, Aishah Ghani telah menyertai UMNO pada 1949 dan Shamsiah Fakeh ditangkap oleh penguasa Indonesia pada 1965.

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) adalah sebuah oraganisasi politik orang melayu bagi menetang penjajahan British secara berterusan dan induk utama itu adalah PKMM. Semasa Kongres Melayu Se-Malaya, PKMM bergabung di bawah Parti UMNO. Namun berlaku pertikaian dan permasalahan berkaitan warna bendera UMNO, kepimpinan dan ideologi antara kedua-dua pertubuhan ini. PKMM keluar dari UMNO dan membentuk PUTERA dan bersama All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) menjadi musuh UMNO.
PUTERA dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) telah melancarkan Hartal diseluruh Malaya untuk membantah Perlembagaan Persekutuan yang diusulkan dan didrafkan oleh Penjajah British untuk Malaya. Hartal adalah mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian secara total. Namun ia tidak mendapat sambutan dikebanyakan negeri seperti Perlis, Kelantan, terengganu dan Johor. PUTERA menjadi semakin lemah setelah ramai dikalangan ahlinya ditangkap oleh pihak British.

Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50)

***dari kiri :Keris Mas, Masuri S.N, Usman Awang


ASAS 50 adalah satu gerakan sastera yang dipelopori oleh tokoh-tokoh sasterawan negara seperti Kamaluddin Muhammad (Keris Mas) , Usman Awang (Tongkat Waran), asraf dan Masuri S.N. menyokong perjuangan PKMM bagi mencapai kemerdekaan tanah melayu melalui konsep ‘melayu raya’. Penentangan mereka tergambar menerusi penerbitan sastera seperti cerpen dan novel dan akhbar tempatan. ASAS 50 yang mendukung kuat faham “Seni untukMasyarakat” dan turut memberi isi dan arah seperti terlihat dalam memorandum ASAS 50. Angkatan ini masih wujud dan aktif sehingga kini serta meneruskan dan mendukung kuat perjuangan seni mereka kepada masyarakat.

*** ini adalah sebahagian kerja kursus hubungan etnik di Malaysia***

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama14/7/12 05:13

    Terima kasih atas info yg diberikan..sangat membantu..

    BalasPadam