Isnin, 1 Februari 2010

ADAT (BERCUKUR)


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.
Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.
Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Namun sabtu lepas kawan terhimpit dalam pertembungan ilmu dan amalan adat yang sudah menjadi tradisi bagi masyarakat kampong disini. Nak terima salah, nak tolak payah. Nak tak nak kawan izinkan tapi tak redha (dalam hati..). bukan senang nak buang, bilamana masyrakat dah biasa buat. Bagi sesetengah individu yang telah mencapai tahap master dalam hal tersebut, tiba-tiba diberitahu aktivitinya bercanggah dengan syariat, amatlah sukar menerimanya dengan terbuka, dan sebolehnya dipertahankan dengan alasan yang kira kawan tak boleh diterima.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu hendak dimasukkan ke dalam buah kelapa tetapi kawan dapat menghidu dan mencegah lebih awal, namun kawan terlepas pandang mangkuknya saja kaca tapi airnya masih kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Kita harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan atau disokong nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.
Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Sumber :
1. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz Utusan Malaysia (11 Sept 2006)
2. Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.
3. tanyalah ustaz
4. kawan-kawan.

2 ulasan:

  1. berjuanglah hingga ke titisan air liur yang terakhir... Takbirr!!!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/2/10 02:10

    x sungguh x kata..

    BalasPadam